Jumaat, 27 Februari 2009

LAGI UNSUR BAHASA DALAM SASTERA 1

DIKSI - Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej
AMBIGUITI - kepelbagaian makna dan juga disebut ketaksaan. Karya-karya yang mempunyai unsur ambiguiti mempunyai kemungkinan pelbagai tafsiran, iaitu lebih daripada satu tafsiran
BAHASA EKONOMIS - bentuk gaya bahasa yang ringkas, padat, tepat dan pendek-pendek. Walaupun pemilihan kata-katanya pendek tetapi ia dapat menggambarkan serta menjelaskan suatu peristiwa dengan tepat dan menarik.
KONOTATIF - bahasa yang mempunyai maksud perbandingan. Pengertian yang ada dalam bahasa konotatif ialah pengertian yang tersirat. Bahasa konotatif menimbulkan kesan emosi kepada para pembaca

PENEGASAN- menjelaskan makna sesuatu agar menjadi lebih nyata hasil daripada

pemikiran pengarang. Ini diharapkan dapat menarik minat dan perhatian para pembaca. Unsur penegasan dalam kesusasteraan selalunya digarap oleh pengarang dalam bentuk puisi. Dalam unsur bahasa penegasan, pengarang menyelitkan juga unsur-unsur perulangan, anafora dan epifora
DIALOG - perbualan antara dua watak atau lebih dan ia banyak terdapat dalam karya-karya sastera berbentuk drama atau fiksyen. Dialog boleh berbentuk lisan atau bertulis
MONOLOG - Seorang watak, biasanya watak utama atau watak penting bercakap seorang diri tanpa ada tindak balas daripada orang lain. Ada dua jenis iaitu monolog luaran ( yang dilafazkan ) dan monolog dalaman ( dalam hati )

0 ulasan:

Catat Ulasan