Khamis, 9 April 2009

SINTAKSIS

SINTAKSIS

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan
ialah:
a. Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klusa dan pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat
b. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan
c. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif
d. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang.
e. Binaan ayat:
i. ayat dasar
ii. tunggal
iii. ayat terbitan atau majmuk
f. Proses penerbitan ayat:
i. Konsep ayat terbitan
ii. Proses pengguguran
iii. Proses penyusunan semula
iv. Proses peluasan
g. Aspek tanda baca
i. Sistem Ejaan

BIDANG SINTAKSIS
Ayat
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah.
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

Ayat boleh dikategorikan sebagai:
• Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.
• Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan.
• Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif.
• Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru.
• Sebelum ini kita telah melihat binaan ayat dan kita temui ayat dasar dan ayat terbitan.
• Di samping itu kita juga juga mengkaji pola ayat dasar.

Ayat Tunggal
• Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
• Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.
• Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.
• Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
• Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
• Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

Jumaat, 27 Mac 2009

Jenis-Jenis Bacaan

Jenis-Jenis Bacaan
Secara luaran kita mungkin mengatakan bahawa 'bacaan' itu adalah 'membaca', menukar grafik kepada 'makna' dan seterusnya memahami keseluruhan apa yang dibaca. Sebenamya 'bacaan' boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Di bawah disenaraikan pelbagai jenis tersebut.


a. Bacaan Mekanis
Bacaan mekanis adalah bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran. b. Bacaan Mentalis
Bacaan mentalis atau dikenali juga sebagai bacaan akaliah merupakan bacaan secara senyap. Aspek-aspek kefahaman dibedkan penekanan, sementara aspek-aspek sebutan, nada, tekanan dan intonasi tidak ditekankan dalam bacaan ini.
c. Bacaan Intensif
Bacaan intensif ialah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan
kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, bacaan intensif memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciri- ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasJ yang berlainan. Latihan bacaan intensJf biasanya memedukan bimbing?n dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid.
d. Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada beberapa aspek terutamanya menitikbemtkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

Jumaat, 27 Februari 2009

LAGI UNSUR BAHASA DALAM SASTERA 1

DIKSI - Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej
AMBIGUITI - kepelbagaian makna dan juga disebut ketaksaan. Karya-karya yang mempunyai unsur ambiguiti mempunyai kemungkinan pelbagai tafsiran, iaitu lebih daripada satu tafsiran
BAHASA EKONOMIS - bentuk gaya bahasa yang ringkas, padat, tepat dan pendek-pendek. Walaupun pemilihan kata-katanya pendek tetapi ia dapat menggambarkan serta menjelaskan suatu peristiwa dengan tepat dan menarik.
KONOTATIF - bahasa yang mempunyai maksud perbandingan. Pengertian yang ada dalam bahasa konotatif ialah pengertian yang tersirat. Bahasa konotatif menimbulkan kesan emosi kepada para pembaca

PENEGASAN- menjelaskan makna sesuatu agar menjadi lebih nyata hasil daripada

pemikiran pengarang. Ini diharapkan dapat menarik minat dan perhatian para pembaca. Unsur penegasan dalam kesusasteraan selalunya digarap oleh pengarang dalam bentuk puisi. Dalam unsur bahasa penegasan, pengarang menyelitkan juga unsur-unsur perulangan, anafora dan epifora
DIALOG - perbualan antara dua watak atau lebih dan ia banyak terdapat dalam karya-karya sastera berbentuk drama atau fiksyen. Dialog boleh berbentuk lisan atau bertulis
MONOLOG - Seorang watak, biasanya watak utama atau watak penting bercakap seorang diri tanpa ada tindak balas daripada orang lain. Ada dua jenis iaitu monolog luaran ( yang dilafazkan ) dan monolog dalaman ( dalam hati )

UNSUR BAHASA DALAM LARAS SASTERA

Unsur bahasa mempunyai kaitan dengan keindahan bahasa atau berbahasa. Keindahan yang digambarkan secara kreatif dan imaginative oleh pengarang itu jelas dapat menggambarkan serta meninggalkan kesan dari segi penghayatan karya yang dibaca. Hal ini terjadi kerana pembaca kesusasteraan sentiasa sensitif dan merupakan pembaca yang sudah terbekal dengan intuisi stilistik (Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz,1998:71). Oleh itu terdapat beberapa unsur bahasa dalam laras sastera iaitu diksi, ambiguiti, bahasa ekonomis, bahasa konotatif, bahasa perbandingan, penegasan, dialog dan monolog.