Khamis, 9 April 2009

SINTAKSIS

SINTAKSIS

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan
ialah:
a. Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klusa dan pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat
b. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan
c. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif
d. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang.
e. Binaan ayat:
i. ayat dasar
ii. tunggal
iii. ayat terbitan atau majmuk
f. Proses penerbitan ayat:
i. Konsep ayat terbitan
ii. Proses pengguguran
iii. Proses penyusunan semula
iv. Proses peluasan
g. Aspek tanda baca
i. Sistem Ejaan

BIDANG SINTAKSIS
Ayat
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah.
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

Ayat boleh dikategorikan sebagai:
• Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.
• Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan.
• Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif.
• Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru.
• Sebelum ini kita telah melihat binaan ayat dan kita temui ayat dasar dan ayat terbitan.
• Di samping itu kita juga juga mengkaji pola ayat dasar.

Ayat Tunggal
• Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
• Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.
• Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.
• Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
• Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
• Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.